Wednesday, September 10, 2008

Setahun sudah berlalu

sedar-sedar tak sedar dah genap setahun umur adib... dulu mama tunggu saat adib boleh jalan sendiri.. konon-kononya senang la nk bawak adib jalan-jalan.. senang memang senang adib.. tp mama penat sangat nk kejar adib yang lasak tau... tapi x pe.. itula cabarannya seorang ibu kan...

cakap pasal cabaran seorang ibu... mama skang terpaksa bersabar demi adik adib plak.. mama perlu kuatkan semangat untuk terus berpuasa sepanjang bulan ramadhan.. walaupun adik adib sedang membesar dalam perut mama..

Monday, June 30, 2008

oh.. my baby

semalam aku tak datang keje.. baby kesayangan x sehat.. masuk semalam da 3 hari demam.. kuat jugak.. mlm pertama demam sampai muntah-muntah... kalau memikirkan keje yang menimbun kat opis malas jugak nak cuti... tp demi kasih seorang ibu dan setia seorang isteri.. terpaksa korbankan kepentingan kerjaya demi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.. hari ni adib masih x lagi kurang sehat.. tp lebih baik berbanding semalam... adib dijaga ayahnya hari ni..

mm ayah adib masih lagi jadi penganggur terhormat.. harapnya cepat pintu rezki untuk kami terbuka.. dengan kos sara hidup yang makin meningkat... seksanya hidup tanpa kerjaya yang menjamin

Friday, June 27, 2008

tak kenal maka tak cinta...

percaya ada tak, ini kali pertama aku tulis blog. nama je keje dalam bidang IT, tapi nak guna blog ni pun macam x reti.. asyik buat sistem je.. sistem yang ada x reti plak nak guna..

kenapa aku buat blog ni... mm.. da la gian nak menulis ni.. cuma x berkesempatan... harap-harap lepas ni dapat selit masa untuk menulis apa saja... sambil-sambil keje.. at least dpt mengasah balik skill menulis yang makin lama makin hilang