Monday, June 30, 2008

oh.. my baby

semalam aku tak datang keje.. baby kesayangan x sehat.. masuk semalam da 3 hari demam.. kuat jugak.. mlm pertama demam sampai muntah-muntah... kalau memikirkan keje yang menimbun kat opis malas jugak nak cuti... tp demi kasih seorang ibu dan setia seorang isteri.. terpaksa korbankan kepentingan kerjaya demi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.. hari ni adib masih x lagi kurang sehat.. tp lebih baik berbanding semalam... adib dijaga ayahnya hari ni..

mm ayah adib masih lagi jadi penganggur terhormat.. harapnya cepat pintu rezki untuk kami terbuka.. dengan kos sara hidup yang makin meningkat... seksanya hidup tanpa kerjaya yang menjamin

Friday, June 27, 2008

tak kenal maka tak cinta...

percaya ada tak, ini kali pertama aku tulis blog. nama je keje dalam bidang IT, tapi nak guna blog ni pun macam x reti.. asyik buat sistem je.. sistem yang ada x reti plak nak guna..

kenapa aku buat blog ni... mm.. da la gian nak menulis ni.. cuma x berkesempatan... harap-harap lepas ni dapat selit masa untuk menulis apa saja... sambil-sambil keje.. at least dpt mengasah balik skill menulis yang makin lama makin hilang