Wednesday, April 28, 2010

KERANA KWSP...

1. khamis malam jumaat, berjanji dengan husband untuk submit EPF withdrwal form kt KWSP.
Sebab last minit punya confirmation, aku x sempat bgtau bos siap2 aku masuk lewat sket esok
(jumaat). Aku memang x nak ambik cuti sebab, aku dah cuti beberapa kali bulan ni dan
kebetulan jugak tengah trial run new system.
2. jumaat pagi. aku dah sampai ke KWSP.. berpandukan peta husband ku yg sangt x brapa come
tu aku sampai jugak. dalam perjalanan tu dah agak tension sebab jln jem.. so takut terlambat.
3. sampai kat KWSP, jadi penunggu lagi. Husband kesayangan ni x muncul2. hati dah rasa lain
macam. geram pun ada, nak marah pun ada sebab, awal2 lagi aku dah bagitau kalau dia x dpt
nak dtg awal pagi, submit form asing2 jer.. sebab aku x nak masuk lambat sangat.
4. Sampai 9.30 x nampak bayang, air mata pun nak keluar. bila rasa nak marah dekat orang
yang kita x boleh marah ni, mula la aku rasa nak nangis. sebab GERAM. dan yang lebih geram
bila 'si dia' yang lambat tu sampai, kita plak yang kena marah.. hai sapa yang lambat.. sapa
yang salah...
5. urusan selesai dekat pukul 10. bergerak ke opis.. ikut la highway yg mahal, supaya cepat
sampai. Bila sampai, masalah kt opis aku ialah parking. bila sampai lambat, parking pun x de.
X nak pikir panjang lagi aku belasah je parking secara haram bersama kereta2 lain. Nasib x
baik hari tu, DBKL plak buat rondaan.. Surat Chenta dapat la... rasa nak marah jugak sbb
parking halal x de, kalau ada mati hidup balik aku x parking secara haram.
6. lepas dapat surat saman, kebetulan ada kosong satu kotak parking. opismate aku tolong aku
parking kat situ. sbb aku x reti nak parking kalau ruang terhad ni.
7. Lebih malang lagi, bila aku nak balik, ada plak kereta2 lain yang menghalang laluan keluar..
bertapa lagi kt dlm keta.. sampai keadaan ok, baru aku bleh balik.. Memang sungguh menguji
kesabaran.. sampai umah mata dah bengkak, sbb aku nangis lagi dalam keta nak hilangkan
tekanan mental dan perasaan..
8. Sampi umah, laki laki aku dengan rasa bersalahnya, pujuk aku gi Giant Putra Height. Jalan2
kat situ, makan kat luar, adib & alesya pun dia kata x payah amik.. Satu yang aku perasan
dengan laki aku ni, bila salah tu berpunca daripada dia, akhirnya dia dgn sendiri akan rasa
bersalah.. walaupun pada awalnya dia mcm buat x bersalah atau menyalahkan orang lain.
for me.. mengalah x semestinya kalah...

Monday, April 19, 2010

The Mines..

ahad 18.04.2010
Setelah sekian lama tak menjejakkan kaki ke The Mines..
Ahad lepas.. aku dan family (macam rombongan che Kiah)..
singgah kat sana..
Bawak anak2 naik bot kt dalam tu...
Sejak belajar kat UPM..
tak pernah terfikir nak naik bot Mines tu..
tapi bila dah ada anak2 ni..
kena la join aktiviti2 yang menceriakan anak2 kan...
Seronok jugak rupanya...
siap plan lepas nak nak naik bot kat kt Tasik Putrajaya plak.. :)