Monday, January 25, 2010

Zakat Pendapatan vs Cukai Pendapatan

Zakat pendapatan....

Bertahun-tahun aku asyik bayar cukai pendapatan sedangkan zakat pendapatan lebih wajib daripada itu..
So.. hari ni aku baru mendaftar untuk buat potongan gaji untuk bayaran zakat...
dan banyak jugak info pasal zakat ni yang aku baru tahu...
Walaupun lambat lebih baik daripada tak tahu....

Cukai Pendapatan...
Aku tetap membayar Cukai Pendapatan secara tidak langsung bila akan membayar zakat pendapatan... so tak ada apa yang perlu dirisaukan....
Sekurang-kurangnya zakat@cukai pendapatan ku ini akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan...

Sebenarnya info ni bukan info baru.. bukan kita tak tahu.. tapi apakah tindakan kita sebenarnya... Jawapannya ada pada kita...Pilihan di tangan kita...

Tuesday, January 19, 2010

kelas aerobik pertama..

buat kali pertama aku ke kelas aerobik..
alang-alang kelas tu percuma... apa salahnya join kan..
untuk kebaikan sendiri jugak...

walaupun penat tapi best sangat...
tapi kelakar jugak la pengalaman pertama ni...
ntah2 apa je .. step semua berterabur...
walaupun step yang di ajar x sesusah mana pun.. kelam kabut jugak dibuatnya...
lepas ni nak buat senam robik sendiri kat rumah jugak la..
senam robik sambil menari..best jugak....

at least aku dah start improve satu perkara...
banyak lagi benda yang nak dibuat sempena tahun 2010 ni..

yang pastinya.. seribu langkah bermula dengan langkah pertama...

Sunday, January 17, 2010

oh alesya...

kesian aleysa... dalam bulan january ni je dah 2 kali demam.. awal januari demam.. demam sempena ulangtahun ke pertama agaknya... minggu lepas pun demam lagi.. kali kedua ni mesti ayah yang teramat2 tension... apa taknya.. kereta yang masih berbau kedai.. dah bertukar bau muntah... kononnya nak jaga kereta baru.. maka undang larangan membawa makanan di dalam kereta telah dikuatkuasakan.. malangnya bukan sisa makanan yang tertumpah..tapi sisa muntah alesya.. kesian ayah yea..

Sunday, January 10, 2010

Niat di hati... tapi hakikatnya..

niat di hati... aku nak mengasah skill menulis yang dah lama aku tinggalkan...
tapi hakikatnya tak banyak yang mampu aku coretkan....
aku sendiri tak paham kenapa susah sangat aku nak menulis ayat-ayat dalam blog aku ni...
bila aku baca blog kawan2... rasa macam excited jugak nak berkongsi cerita
tapi aku rasa aku sedar tentang satu perkara...

sebenarnya aku ni jenis manusia yang agak 'menyendiri' orangnya...
aku tak pandai nak berkongsi cerita....
senang cerita aku ni jenis yang agak perahsia....
susah senang, pahit manis aku lebih suka pendam dan simpan dalam hati...
aku lebih suka mendengar daripada bersuara....
mungkin itu sebabnya susah betul nak kucoretkan, walaupun sebaris ayat...

tapi... akan akan cuba untuk menzahirkan sebahagian rasa yang ada...

Friday, January 1, 2010

cepatnya masa berlalu....

cepatnya masa berlalu...
sedar x sedar, tahun 2010 dah menjelma....
esok pulak genap setahun usia putri kesayanganku.. alesya...
sorry sayang.. untuk esok x de celebration besday yea..
may be bila ada kesempatan nanti..
esok kita raikan kecil-kecilan je yea... sesama kita...
hadiah yang terbaik adalah kasih sayang yang x pernah padam...

2009....
pelbagai cerita suka dan duka mengiringi aku sepanjang tahun lalu...
tapi yang pahit bukan untuk dikenang... harap jangan berulang...
yang manis... sentiasa terpahat diingatan... menjadi inspirasi dan kekuatan...

2010...
perjalanan cerita baru bermula...
semoga... awan-awan ceria dan pelangi yang indah mengiringi perjalananku...
semoga... impian dan azamku akan terlaksana...

HITAM PUTIH KEHIDUPANKU... MOGA PUTIH ITU LEBIH MENGUASAI...YANG HITAM ITU MINTAK DIJAUHI..