Tuesday, May 18, 2010

hati oh hati...

tak tahu macam mana nak coretkan isi hati..
yang pastinya hati aku bukan dalam keadaan yang baik hari ini..
nak buat kerja pun kurang motivasi..
nak makan pun selera tak 'mari'

kadang2 aku bleh jadi org yg sgt penyabar
kadang2 aku jadi sgt kurang sabar

dan hari ni aku berperang dengan diri sendiri
berusaha gigih mengawal emosi
Ya Allah.. tabahkan hati

oh alesya...

alesya....
dalam tempoh sebulan rasanya 3 kali demam...
hari ni muntah2 plak...
tapi x demam pun..
minum air pun muntah...
sian alesya...
risau aku dibuatnya....

lepas anak buah dan abah...
jgn la alesya plak jadi tetamu hospital..
mama nak kena oustation hujung minggu ni alesya...
mama pun dah naik risau..
mama sendiri pun x brapa chat sebenarnya...

hari jumaat dah mc...
hari masih rasa sakit tekak...
kita kurang vitamin agaknya...
yang mama perasan,. sejak akhir2 ni..
mama dah tak brapa lalu nak makan..
alesya plak, selera makan x berkurang...
walaupun x sihat...
walaupun masuk makanan je akan muntah...

alesya..
harap2 esok alesya makin sihat yea..
esok lusa mama dah nak tinggal alesya sekejap...
kalau alesya belum sihat.. mesti mama susah hati kat sana nanti..

nur alesya ghaisara ....
permaisuri yang dilindungi ....
mama harap alesya akan terus dilindungi...
setiap saat , di mana jua.. Amin

Sunday, May 16, 2010

mungkin ini masanya...

hari ni aku terpaksa cuti
sbb abah (bapa mertuaku) masuk hospital
mak (mertua) plak kena jaga abah kt hospital
so x de orang nak jaga adib ngan alesya..
nak tak nak aku terpaksa bercuti..
sejak2 akhir ni mmg aku selalu terfikir untuk hantar adib & alesya ke nursery
sbb pertama, x nak menyusahkan mak
sbb kedua, bila mak ada hal2 mcm skang ni, x de la aku kena amik cuti
sbb ketiga supaya anak2 aku biasa & nak dgn org2 lain
(selain mama, ayah dan opahnya)
sejak aku mengandungkan adib,
memang aku x nak bagi mak jaga,
sbb x nak menysusahkan,
tapi mak plak beria2 nak jaga,
x nak kecilkan hati org tua,
aku bg jugak mak jaga,
walaupun serba salah jugak ada kalanya..
adib dah nak masuk 3 tahun..
alesya dah setahun 4 bulan
mungkin ..
dah tiba masanya untuk diorang ke nurseri
membiasakan diri dengan persekitaran..
dan kawan2..
tp untuk buat keputusan byk perkara jugak nak kena fikir..
apa pun keputusannya...
pastinya untuk kebaikan semua...
.: semoga abah cepat sembuh . Amin :.

Thursday, May 6, 2010

Fahamilah Persaanku..

Tajuk macam gempak plak..
Sebenarnya tajuk buku yang aku dapat daripada PTS..
Fahamilah perasaanku.. 30 luahan persaan suami...
terima kasih JJ sebab bgtau aku psl promosi PTS untuk buku percuma ni..
terima kasih jugak untuk genny yang update JJ
walaupun x byk follower, dapat jugak buku percuma.. Alhamdulillah..
Tak sabar nak baca buku ni..
dah lama aku x beli buku2 mcm ni...
lepas ni kena start balik beli buku2 ni...
sejak sibuk ngan anak2, nak luangkan masa untuk baca buku pun payah..
mungkin semua tu alasan..
atau aku yang x pandai atur masa...
teringat plak zaman sekolah rendah ada buku rekod bacaan..
kena buat summary setiap buku yang dibaca..
sapa paling byk dapat hadiah..
mungkin aku kena buat buku rekod macam tu..
untuk merangsang diri sendiri untuk lebih membaca...

Tuesday, May 4, 2010

Stress at Work

aku tulis ni bukan sebab aku stress..
tapi ini topik yang aku present untuk HSE Awareness Talk
kat company aku setiap Rabu ada perhimpunan.. ala perhimpunan sekolah..
tapi x de la berbaris ikut department dan nyanyi lagu negaraku plak..
sesi HSE awareness talk ni
untuk berkongsi info dan maklumat sesama staff berkaitan HSE
HSE means Health, Safety and Environment
so minggu lepas giliran aku plak untuk buat talk
Stess at Work aku jadikan topik
gugup jugak la sebab dah lama tak bercakap depan orang ramai ni..
tapi ok jugak la..
sebab walaupun aku kembangkan point secara spontan..
banyak jugak point2 yang melekat di hati audiens..
bila org bleh ulang balik dan ingat point2 tu kira berkesan la jugak kan (sendiri masuk bakul :)
aku ingat dah ringkas dah.. rupanya lama jugak aku meraban kat depan tu..
lenguh kaki orang yang berdiri...
info sharing
Stress is not an illness. it is a state.
However, if stress become too excessiveand prolonged,
mental and phyisical illness may be develop.

Sunday, May 2, 2010

Bila Plan A jadi B dan plan B jadi C

Plan A

1. Aku sepatutnya meraikan hari buruh dengan cuti2 Malaysia ke Bukit Gambang, tapi disebabkan x booking awal dan x nak mengambil risiko terjah ke Kuantan, tapi x tau mana hotel nak duduk, percutian dibatalkan di saat2 akhir.

2. plan seterusnya ke lokasi yang lebih dekat, ke genting atau cameron. yang penting tetap nak ke mana2 lokasi.... sbb dah byk kali asyik x jadi jer...

Plan B

3. Akhirnya Gambang Resort bertukar jadi Sunway Lagoon. x payah nak pikir kat mana nak bermalam. yang penting dapat relaks ngan rehat.. pegi sunway lagoon pun dah thari... daripada nak bawak mak ngan abah, x jadi... laki aku dah risau tgk muka aku makin macam tapai basi.. sbb dah thari x jejak ke sunway lagoon.. so cuma bawak anak buah sorang + anak2 aku..

4. Muka main seronok alesya main air.. adib yg penakut ni... terjerit2 sbb takut dgn objek2 pelik dan menakutkan ( menakutkan bagi dia).. anak buah yang sorang lagi.. jgn cakap la.. mesti suka..

5. esoknya (hari ni) dah plan dah untuk ke rumah member aku kt balakong.. yang tertanggoh sejak minggu lepas.. tapi bila balik dari sunway lagoon, mak mertua aku ajak gi kenduri plak esoknya.. apo nak di kato.. ikut jela.. plan nak ke rumah member aku gantikan dgn nak shoping kt jakel yang baru bukak kt seksyen 7 shah alam (lepas balik kenduri)..

B Jadi C (memang x plan)

6. T.hari macam dirancang gi makan kenduru sekitar umah mak mertua aku.. habis 2 kenduri, nak bertolak ke kenduri di bukit Rimau..

7. Tapi yang tak dirancangnya, anak buah aku (yg ikut aku smlm) bergayut kat pokok, jatuh dan payah tangan.. umur baru 6 thn...

8. dari rumah kenduri bergegas ke hospital.. nak cepatkan proses, gi hopsital swasta.. lepas x-ray semua, condition teruk jugak, kena operation, x bleh simen saja.. terus hospital Klang plak.. sbb x tertangguh kos yg sampai 7K kalau operate kt situ.

9. SAmpai hospital Klang, proses bukan main lama, sbb nak tunggu doktor pakar. Nasib baik jugak dah ada xray ngan report dr hospital swasta.. memang kronik jugak.. sbb kena operate dan masuk 2 dawai.. sampai dah mlm... Jakel ntah ke mana..

- terdetik dalam hati, insurans sgt penting.. melainkan kita sentiasa ada duit yg byk untuk saat2 kecemasan.. kita tak boleh jamin yg kita dan family kita akan sihat / bebas dari kecederaan dan kemalangan... lindungi diri kita dengan insurans...sudahkan anda?