Thursday, June 24, 2010

Memang aku tak terpikir...

Memang aku tak terpikir..
Yang aku tergamak menghabiskan duit...
untuk beli baju...
yang harganya beribu2..
walau macam mana cantik pun baju tu....

Tapi aku dah beli...
2 set korset ..
yang harga 1 set pun nak sebut ngeri...
walau pun badan x la kembang berinci2...

Memang aku tak terpikir...
nak pakai skin care yang mahal dan berbagai2...
Sedangkan nak cuci muka pun alahai...

Tapi skin care sekarang..
harganya boleh tahan...
x habis belanja berbulan-bulan...

Kenapa ye agaknya..
adakah kerana aku dah menjadi wanita yang bersifat wanita...
adakah masa bisa mengubah sikap dan pendirian...

atau mungkin kerana..
aku mula belajar untuk 'sayang' diri sendiri

dan aku rasa..
akan ada pelbagai kemungkinan lagi
yang aku tidak terfikir sebelum ini...
dan tidak menjadi kemungkinan lagi...
wait & see....

Monday, June 14, 2010

wayang kita....

kali terakhir aku tengok wayang, masa tengah sarat mengandung adib. tengah tunggu hari, husband aku bwk aku tgk wayang.. takut aku ngidam katanya, sebab sebelum tu dah byk kali aku ajak.. sib baik tak ter'beranak' kat dalam panggung tu... then selepas tu x de lagi wayang.. kalau ajak pun husband aku x nak.. habis2 dia akan beli vcd untuk aku.. sehingga la semalam..
kitorang dating berdua.. tengok movie.. itu pun setelah puas aku ajak.. itu pun sempena bithday dia.. kitorang amik cuti, untuk dating berdua.... layan 2 movie sekaligus... besat jugak jalan2 time orang lain tak cuti.. tak serabut sangat...

movie yg aku tgk semalam.. satu citer kecoh betul.. yg sangat membosankan... cerita komedi tapi aku x tau part mana yg aku nak gelak.. tak best.... tapi sebab aku agak patriotik orangnya.. so aku akan tgk jugak citer melayu..

movie kedua citer karate kid.. at least ok la jugak kan.. citer ni x la membosankan... terhibur jugak dibuatnya... ada pelbagai rasa didalamnya...

so semalam enjoy la sekejap sambil melupakan yang aku sebenarnya sangat byk keje... selumber je aku amik cuti.. reasonnya family matter.. memang family matter la kan..
sbb nak meraikan hubby ku..

Wednesday, June 9, 2010

kisah monyet..

aku bukan nak bercerita pasala monyet
tapi pasal buku..
sebenarnya beberapa minggu lepas..
kakak aku datang umah..
nak guna internet sbb nak 'cari' buku2 untuk dibuat ulasan..
diorang diberi tugasan untuk baca buku dan buat ulasan...
kakak aku bukan jenis yg rajin baca buku..
aku rasa aku tak pernah tengok dia baca novel..
baca majalah pun belum tentu...
tapi aku memang hantu buku dan majalah..
kalau tak suruh pun memang aku baca..
cuma sejak akhir2 ni kurang sket la berbanding dulu..
tapi x la sampai terus x baca...
tapi sekarang minat dan kecendurangan dah lain..
majalah2 pun lebih untuk keibu-bapaan
buku pertama yang aku miliki
buku cerita pasal tokoh negara Onn Jaafar
dan buku cerita 'kisah monyet'
buku2 ni sebenarnya aku dapat masa hari penyampai hadiah masa aku darjah 1
sebenarnya dah byk buku yg aku pernah baca..
tapi sampi skang aku x lupa 2 buku yang pertama aku miliki ni..
terutamanya kisah monyet
sampai skang aku masih terbayang2 ilustrasi dan gambar2 dlm buku tu
sebenarnya buku tu dalam bahasa inggeris..
memang aku tak paham pun
tapi kerana sorang abang..
yang ayah aku bwk balik ke rumah (asrama banjir - nak amik SPM)
tolong baca dan terangkan maksud buku tu baris demi baris..
baru aku faham isi kandungan buku tu..
moral of the story:
selalu-selalu la baca buku untuk anak2 kita
mungkin dia x faham masa tu
tapi dia akan ingat
dan boleh memupuk minat membaca

Tuesday, May 18, 2010

hati oh hati...

tak tahu macam mana nak coretkan isi hati..
yang pastinya hati aku bukan dalam keadaan yang baik hari ini..
nak buat kerja pun kurang motivasi..
nak makan pun selera tak 'mari'

kadang2 aku bleh jadi org yg sgt penyabar
kadang2 aku jadi sgt kurang sabar

dan hari ni aku berperang dengan diri sendiri
berusaha gigih mengawal emosi
Ya Allah.. tabahkan hati

oh alesya...

alesya....
dalam tempoh sebulan rasanya 3 kali demam...
hari ni muntah2 plak...
tapi x demam pun..
minum air pun muntah...
sian alesya...
risau aku dibuatnya....

lepas anak buah dan abah...
jgn la alesya plak jadi tetamu hospital..
mama nak kena oustation hujung minggu ni alesya...
mama pun dah naik risau..
mama sendiri pun x brapa chat sebenarnya...

hari jumaat dah mc...
hari masih rasa sakit tekak...
kita kurang vitamin agaknya...
yang mama perasan,. sejak akhir2 ni..
mama dah tak brapa lalu nak makan..
alesya plak, selera makan x berkurang...
walaupun x sihat...
walaupun masuk makanan je akan muntah...

alesya..
harap2 esok alesya makin sihat yea..
esok lusa mama dah nak tinggal alesya sekejap...
kalau alesya belum sihat.. mesti mama susah hati kat sana nanti..

nur alesya ghaisara ....
permaisuri yang dilindungi ....
mama harap alesya akan terus dilindungi...
setiap saat , di mana jua.. Amin

Sunday, May 16, 2010

mungkin ini masanya...

hari ni aku terpaksa cuti
sbb abah (bapa mertuaku) masuk hospital
mak (mertua) plak kena jaga abah kt hospital
so x de orang nak jaga adib ngan alesya..
nak tak nak aku terpaksa bercuti..
sejak2 akhir ni mmg aku selalu terfikir untuk hantar adib & alesya ke nursery
sbb pertama, x nak menyusahkan mak
sbb kedua, bila mak ada hal2 mcm skang ni, x de la aku kena amik cuti
sbb ketiga supaya anak2 aku biasa & nak dgn org2 lain
(selain mama, ayah dan opahnya)
sejak aku mengandungkan adib,
memang aku x nak bagi mak jaga,
sbb x nak menysusahkan,
tapi mak plak beria2 nak jaga,
x nak kecilkan hati org tua,
aku bg jugak mak jaga,
walaupun serba salah jugak ada kalanya..
adib dah nak masuk 3 tahun..
alesya dah setahun 4 bulan
mungkin ..
dah tiba masanya untuk diorang ke nurseri
membiasakan diri dengan persekitaran..
dan kawan2..
tp untuk buat keputusan byk perkara jugak nak kena fikir..
apa pun keputusannya...
pastinya untuk kebaikan semua...
.: semoga abah cepat sembuh . Amin :.

Thursday, May 6, 2010

Fahamilah Persaanku..

Tajuk macam gempak plak..
Sebenarnya tajuk buku yang aku dapat daripada PTS..
Fahamilah perasaanku.. 30 luahan persaan suami...
terima kasih JJ sebab bgtau aku psl promosi PTS untuk buku percuma ni..
terima kasih jugak untuk genny yang update JJ
walaupun x byk follower, dapat jugak buku percuma.. Alhamdulillah..
Tak sabar nak baca buku ni..
dah lama aku x beli buku2 mcm ni...
lepas ni kena start balik beli buku2 ni...
sejak sibuk ngan anak2, nak luangkan masa untuk baca buku pun payah..
mungkin semua tu alasan..
atau aku yang x pandai atur masa...
teringat plak zaman sekolah rendah ada buku rekod bacaan..
kena buat summary setiap buku yang dibaca..
sapa paling byk dapat hadiah..
mungkin aku kena buat buku rekod macam tu..
untuk merangsang diri sendiri untuk lebih membaca...

Tuesday, May 4, 2010

Stress at Work

aku tulis ni bukan sebab aku stress..
tapi ini topik yang aku present untuk HSE Awareness Talk
kat company aku setiap Rabu ada perhimpunan.. ala perhimpunan sekolah..
tapi x de la berbaris ikut department dan nyanyi lagu negaraku plak..
sesi HSE awareness talk ni
untuk berkongsi info dan maklumat sesama staff berkaitan HSE
HSE means Health, Safety and Environment
so minggu lepas giliran aku plak untuk buat talk
Stess at Work aku jadikan topik
gugup jugak la sebab dah lama tak bercakap depan orang ramai ni..
tapi ok jugak la..
sebab walaupun aku kembangkan point secara spontan..
banyak jugak point2 yang melekat di hati audiens..
bila org bleh ulang balik dan ingat point2 tu kira berkesan la jugak kan (sendiri masuk bakul :)
aku ingat dah ringkas dah.. rupanya lama jugak aku meraban kat depan tu..
lenguh kaki orang yang berdiri...
info sharing
Stress is not an illness. it is a state.
However, if stress become too excessiveand prolonged,
mental and phyisical illness may be develop.

Sunday, May 2, 2010

Bila Plan A jadi B dan plan B jadi C

Plan A

1. Aku sepatutnya meraikan hari buruh dengan cuti2 Malaysia ke Bukit Gambang, tapi disebabkan x booking awal dan x nak mengambil risiko terjah ke Kuantan, tapi x tau mana hotel nak duduk, percutian dibatalkan di saat2 akhir.

2. plan seterusnya ke lokasi yang lebih dekat, ke genting atau cameron. yang penting tetap nak ke mana2 lokasi.... sbb dah byk kali asyik x jadi jer...

Plan B

3. Akhirnya Gambang Resort bertukar jadi Sunway Lagoon. x payah nak pikir kat mana nak bermalam. yang penting dapat relaks ngan rehat.. pegi sunway lagoon pun dah thari... daripada nak bawak mak ngan abah, x jadi... laki aku dah risau tgk muka aku makin macam tapai basi.. sbb dah thari x jejak ke sunway lagoon.. so cuma bawak anak buah sorang + anak2 aku..

4. Muka main seronok alesya main air.. adib yg penakut ni... terjerit2 sbb takut dgn objek2 pelik dan menakutkan ( menakutkan bagi dia).. anak buah yang sorang lagi.. jgn cakap la.. mesti suka..

5. esoknya (hari ni) dah plan dah untuk ke rumah member aku kt balakong.. yang tertanggoh sejak minggu lepas.. tapi bila balik dari sunway lagoon, mak mertua aku ajak gi kenduri plak esoknya.. apo nak di kato.. ikut jela.. plan nak ke rumah member aku gantikan dgn nak shoping kt jakel yang baru bukak kt seksyen 7 shah alam (lepas balik kenduri)..

B Jadi C (memang x plan)

6. T.hari macam dirancang gi makan kenduru sekitar umah mak mertua aku.. habis 2 kenduri, nak bertolak ke kenduri di bukit Rimau..

7. Tapi yang tak dirancangnya, anak buah aku (yg ikut aku smlm) bergayut kat pokok, jatuh dan payah tangan.. umur baru 6 thn...

8. dari rumah kenduri bergegas ke hospital.. nak cepatkan proses, gi hopsital swasta.. lepas x-ray semua, condition teruk jugak, kena operation, x bleh simen saja.. terus hospital Klang plak.. sbb x tertangguh kos yg sampai 7K kalau operate kt situ.

9. SAmpai hospital Klang, proses bukan main lama, sbb nak tunggu doktor pakar. Nasib baik jugak dah ada xray ngan report dr hospital swasta.. memang kronik jugak.. sbb kena operate dan masuk 2 dawai.. sampai dah mlm... Jakel ntah ke mana..

- terdetik dalam hati, insurans sgt penting.. melainkan kita sentiasa ada duit yg byk untuk saat2 kecemasan.. kita tak boleh jamin yg kita dan family kita akan sihat / bebas dari kecederaan dan kemalangan... lindungi diri kita dengan insurans...sudahkan anda?

Wednesday, April 28, 2010

KERANA KWSP...

1. khamis malam jumaat, berjanji dengan husband untuk submit EPF withdrwal form kt KWSP.
Sebab last minit punya confirmation, aku x sempat bgtau bos siap2 aku masuk lewat sket esok
(jumaat). Aku memang x nak ambik cuti sebab, aku dah cuti beberapa kali bulan ni dan
kebetulan jugak tengah trial run new system.
2. jumaat pagi. aku dah sampai ke KWSP.. berpandukan peta husband ku yg sangt x brapa come
tu aku sampai jugak. dalam perjalanan tu dah agak tension sebab jln jem.. so takut terlambat.
3. sampai kat KWSP, jadi penunggu lagi. Husband kesayangan ni x muncul2. hati dah rasa lain
macam. geram pun ada, nak marah pun ada sebab, awal2 lagi aku dah bagitau kalau dia x dpt
nak dtg awal pagi, submit form asing2 jer.. sebab aku x nak masuk lambat sangat.
4. Sampai 9.30 x nampak bayang, air mata pun nak keluar. bila rasa nak marah dekat orang
yang kita x boleh marah ni, mula la aku rasa nak nangis. sebab GERAM. dan yang lebih geram
bila 'si dia' yang lambat tu sampai, kita plak yang kena marah.. hai sapa yang lambat.. sapa
yang salah...
5. urusan selesai dekat pukul 10. bergerak ke opis.. ikut la highway yg mahal, supaya cepat
sampai. Bila sampai, masalah kt opis aku ialah parking. bila sampai lambat, parking pun x de.
X nak pikir panjang lagi aku belasah je parking secara haram bersama kereta2 lain. Nasib x
baik hari tu, DBKL plak buat rondaan.. Surat Chenta dapat la... rasa nak marah jugak sbb
parking halal x de, kalau ada mati hidup balik aku x parking secara haram.
6. lepas dapat surat saman, kebetulan ada kosong satu kotak parking. opismate aku tolong aku
parking kat situ. sbb aku x reti nak parking kalau ruang terhad ni.
7. Lebih malang lagi, bila aku nak balik, ada plak kereta2 lain yang menghalang laluan keluar..
bertapa lagi kt dlm keta.. sampai keadaan ok, baru aku bleh balik.. Memang sungguh menguji
kesabaran.. sampai umah mata dah bengkak, sbb aku nangis lagi dalam keta nak hilangkan
tekanan mental dan perasaan..
8. Sampi umah, laki laki aku dengan rasa bersalahnya, pujuk aku gi Giant Putra Height. Jalan2
kat situ, makan kat luar, adib & alesya pun dia kata x payah amik.. Satu yang aku perasan
dengan laki aku ni, bila salah tu berpunca daripada dia, akhirnya dia dgn sendiri akan rasa
bersalah.. walaupun pada awalnya dia mcm buat x bersalah atau menyalahkan orang lain.
for me.. mengalah x semestinya kalah...

Monday, April 19, 2010

The Mines..

ahad 18.04.2010
Setelah sekian lama tak menjejakkan kaki ke The Mines..
Ahad lepas.. aku dan family (macam rombongan che Kiah)..
singgah kat sana..
Bawak anak2 naik bot kt dalam tu...
Sejak belajar kat UPM..
tak pernah terfikir nak naik bot Mines tu..
tapi bila dah ada anak2 ni..
kena la join aktiviti2 yang menceriakan anak2 kan...
Seronok jugak rupanya...
siap plan lepas nak nak naik bot kat kt Tasik Putrajaya plak.. :)

Thursday, March 25, 2010

Ayah... Papa..

Semenjak dua menjak ni..
tetiba putri kesayanganku aleysa panggil ayah dia papa..
Mungkin dia dengar sepupu dia sebut papa...
tapi majoriti panggil ayah...
kelakar plak bila dengar...
sorang anak panggil ayah...
sorang anak panggil papa...
mungkin alesya rasa kombinasi mama dengan papa..
lebih sedap daripada mama dengan ayah...
macam-macam kan ragam anak2 ni...
memang anak penawar dan racun buat semua ibu bapa...
aku harap adib dan alesya...
lebih banyak menjadi penawar buat aku...
dan aku harap aku dapat menjadi mama yang terbaik buat mereka....

Monday, March 22, 2010

masih mencari...

sejak minggu lepas..
aku sibuk dengan urusan utk mendapatkan pinjaman untuk rumah...
banyak jugak bank yang aku terjah...
baik local bank mahupun foreign bank...
so far nampaknya foreign bank offer lebih baik..
sama ada dari segi produk ..
atau pun servis....
Yang pastinya...
untuk mendapat kepastian tentang servis bank ni..
kita kena ke bank itu sendiri...
Ada orang cakap bank A ok,
yang lain plak cakap bank B ok..
tapi bila kita sendiri yang berurusan..
kita akan lebih tahu..
yang mana benar2 ok..
Sampai sekarang..
aku belum buat keputusan..
untuk pilih mana-mana bank...
yang pastinya akan pilih yang aku sendiri rasa paling OK.

Friday, March 19, 2010

langkah pertama berjaya.. langkah seterusnya..

Satu loan aku telah diluluskan...
Tengah tunggu loan berikutnya plak...
Semoga misi aku mendapat rumah sendiri dalam tahun ni akan berjaya..

DATING DI KL

Semalam..
aku dating ngan husband aku di sekitar KL..
sebenarnya dah lama jugak la x jalan-jalan berdua ni....
Kalau sekejap2 tu adalah..
tapi seharian tu mmg dah lama dah..
tapi sebenarnya bukan dating yg sebenarnya...
misi sebenar adalah menjelajah dari bank ke bank..
mula-mula ke Bank Negara.. ambik CCRIS report..
Alhamdullillah.. report ok...
Sebenarnya kami baru cuba nak apply loan rumah..
mungkin agak ketinggalan berbanding kwn2 yang lain..
tapi mcm yang pernah aku cakap..
rezki masing2 x sama..
Tapi aku harap misi aku untuk ada umah sendiri tu akan tercapai la...
So memang penat jugak la semalam..
kitorang ke KL naik LRT jer..
rasa macam zaman2 student pun ada...
So.. minggu ni dan minggu depan...
misi untuk memastikan loan umah approved...
sejak semalam ..
byk pegawai bank yg contact...
untuk set appointment dengan aku ni...
BEST BANK WIN..

Sunday, March 14, 2010

cuti bermula... kenduri pun bermula..

cuti sekolah dah bermula...
so jemputan kenduri kahwin pun menjelma...
pagi ahad...
ke Klang, majlis pertunangan sepupu husband aku...
nasib baik majlisnya pagi..
pukul 10...
so.. pukul 12..
terus ke pelabuhan klang,
kenduri x-opismate dan pasangannya.. x-trainee di opis lama...
terserempak jugak dgn x-opsmate yg lain..
lama x jumpa..
ada yg dah makin sihat..
mungkin makin happy dgn hidup & kerja skang...
tapi ada satu lg kenduru opismate skang x sempat aku nak terjah..
badan dah penat...
alesya pun dah meragam...
apa-apa pun...
Selamat pengatin batu buat Masdzirin & Maslida
juga buat Haizan dan pasangannya...

Thursday, March 11, 2010

hepi....

Setelah melalui minggu-minggu yang amat sibuk...
hati rasa heppy sbb...
dapat keputusan yg baik unutk appraisal....
bila bos bagi oustansing dan exceed requirement ..
rasa berbaloi-baloi la jugak penat lelah selama ni...
So harap surat confirmation akan tiba dlm masa terdekat ni...
kalau diiringi dengan kenaikan gaji sekali.. lebih berbaloi-baloi...
p/s : masih lagi sibuk... so x bleh nak bercoletah panjang...

Thursday, March 4, 2010

satu sudah berjaya...

lega rasanya dapat siapkan satu keje...
banyak lagi yang menanti..
akan kuselesaikan satu persatu....
hari ni misi untuk setelkan system gaji crew kapal ni...
dah pending sejak january
sebab terpaksa hold bila ada keje2 lain yang perlu di utamakan...
walaupun malam td x dapat nak tidur lena....
pagi ni kepala pening dan mata mengantuk gila...
semangat dah kembali semula....
BILA KAU FIKIR KAU BOLEH
KAU PASTI BOLEH MELAKUKAN
YAKIN BOLEH

minggu yang mencabar..

Minggu ni penat sangat otak aku...
sedar-sedar x nak habis dah pun minggu ni..
banyak sangt lagi keje yang aku belum siapkan....
Mana nak support system sedia ada...
mana nak develop system baru lagi....
bukan satu lak tu...
berderet-deret menggu...
Macam tak percaya pulak sampai sekarang aku masih bertahan dengan keje ni...
walaupun di tempat yang berbeza....
tapi skp kerja masih sama....
Teringat pulak masa kat universiti...
sampai apply master dari fakulti lain sebab x yakin aku bleh keje dalam bidang IT ni..
tapi sampai sekarang IT masih ,menjadi sumber rezeki...
Alhamdullillah... bersyukur dengan rezki yang ada...
perjuangan mesti diteruskan...
cha1yok!!!!

Tuesday, February 23, 2010

kembali ke asalnya...

tekak masih lagi gatal2..
tapi suara aku dah kembali...
tapi belum boleh jerit2....
hari ni dah upload update terkini untuk salah satu system...
bila user happy kita pun happy...
walaupun kat opis ni aku sorang2 buat keje2 programmer ni..
aku tetap hepi...
kerja tanpa tekanan la katakan....
sebenarnya bukanla sebab keje aku kali ni lebih senang...
susah jugak kalau nak diikutkan..
sebab aku sorang kena buat dan maintain semua system ni...
tak de rujukan... x de bantuan...
me and pakcik google... :)
Tapi so far aku enjoy dan heppy....
thanx to my fren yg introduce aku dengan keje ni...
thanx to my bos n her wife yang percaya pada kebolehan aku ni...
tetapi...
sesekali.. teringat n terkenang my x-ops mate..
yang sama2 bersusah payah...
bila lagi dapat bersua yea..

Sunday, February 21, 2010

Hilang Suara....

Minggu lepas..
Minggu yang amat penat tapi sangat mengujakan...
Sabtu Malam bertolak balik ke Kedah..
dah lama tak menjejakkan kaki aku ke kampung halaman tercinta..
Sampai sana .. kena perubahan cuaca..
Kedah sangat panas..
Hari Ahad aku terbaring sakit kepala...
anak2 aku demam dan selesema..
So x banyak aktiviti melainkan makan & lepak kat umah jer..
tetap tetap enjoy sbb dpt kumpul bersama family yg dah lama x jumpa...
Rabu malam khamis aku ngan adik2 buar rombongan gi main bowling kat pekan Alor Setar
2-2 anak aku yg x berapa chat tu pun aku angkut sekali...
kul 1 pagi lebih baru abis main...
sampai umah dah kul 2 pagi..
sib baik mak ngan ayah aku x bising.. :)
khamis petang bertolak balik Selangor..
sapai umah dah kul 12 lebih..
jumaat relaks jap..
Hari Sabtu..
bertolak ke Kuala Pilah...
ikut rombongan pengatin (saudara my hubby)
Hari Ahad petang baru balik semula ke umah..
Hari ini..
Bekerja semula...
Anak2 aku dah makin sihat sepenuhnya
Aku pula dah hilang suara..

Wednesday, February 10, 2010

aku, dia dan mereka...

"jangan bandingkan kita dengan orang lain"
memang ini pegangan aku...
memang hakikatnya kita tak tahu apa yang orang lain lalui dan alami...
Dan orang lain tidak akan faham apa yang kita rasai..
sama ada ada nampak gembira atau tidak..
hanya kita yang melalui..
hanya kita yang merasai...
Bukan semua orang sempurna..
mungkin kita tidak sesempurna orang lain dalam apa jua perkara ...
tapi sempurna sangatkah mereka yang lain itu....
Jangan hanya mencari kesalahan untuk dipertikaikan
atau untuk diperbandingkan....
Jangan rasa rendah diri dengan kekurangan diri....
Binalah keyakinan diri..
Jadilah yang terbaik untuk diri sendiri...

Thursday, February 4, 2010

hujan... sejuk tapi panas....

pagi ni hujan....
patutla tidur aku nyenyak...
Sejuk...
tapi pagi ni jugak aku rasa panas....
Sebab tangki minyak kereta aku kosong...
Semalam aku dah pesan suruh isi tapi....
Celah2 hujan pagi ni aku kena singgah petronas dulu....
Sepanjang jalan nak nangis sebab geram....
Sampai opis...
dah rasa sejuk sket....
sebab berjaya sampai opis ontime....
dan sempat beli sarapan lagi....
hati dan sejuk.. badan pun sejuk sbb ada aircond...

Monday, February 1, 2010

30 tahun

semalam genap 30 tahun usiaku
no cake & no celebration... sama macam aleysa
Dan aku pun tak mengharapkan untuk diraikan atau diberikan apa2
Apa yang lebih aku harapkan adalah..
Aku lebih tenang dan bahagia disamping orang2 tersayang..
Setiap orang tidak mempunya nasib dan rezeki yang sama..
buat kawan2 yang meraikan dan diraikan hari lahir mereka oleh insan yang disayangi..
aku tumpang gembira untuk mereka...

Ada orang dapat apa yang diimpikan
Ada orang dapat yang tidak dijangkakan
Ada yang dapat sekadar ucapan
Ada yang tidak memdapat apa2?
Tentu tidak...
kerana Yang Maha Esa memberikan kita apa yang kita perlukan
Aku bersyukur masih dapat bersama suami dan anak2 tersayang sehingga ke saat sini..
Inilah perberian dari Yang Maha Esa yang tidak ternilai harganya...
sampai bila... tiada jawapannya..

Monday, January 25, 2010

Zakat Pendapatan vs Cukai Pendapatan

Zakat pendapatan....

Bertahun-tahun aku asyik bayar cukai pendapatan sedangkan zakat pendapatan lebih wajib daripada itu..
So.. hari ni aku baru mendaftar untuk buat potongan gaji untuk bayaran zakat...
dan banyak jugak info pasal zakat ni yang aku baru tahu...
Walaupun lambat lebih baik daripada tak tahu....

Cukai Pendapatan...
Aku tetap membayar Cukai Pendapatan secara tidak langsung bila akan membayar zakat pendapatan... so tak ada apa yang perlu dirisaukan....
Sekurang-kurangnya zakat@cukai pendapatan ku ini akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan...

Sebenarnya info ni bukan info baru.. bukan kita tak tahu.. tapi apakah tindakan kita sebenarnya... Jawapannya ada pada kita...Pilihan di tangan kita...

Tuesday, January 19, 2010

kelas aerobik pertama..

buat kali pertama aku ke kelas aerobik..
alang-alang kelas tu percuma... apa salahnya join kan..
untuk kebaikan sendiri jugak...

walaupun penat tapi best sangat...
tapi kelakar jugak la pengalaman pertama ni...
ntah2 apa je .. step semua berterabur...
walaupun step yang di ajar x sesusah mana pun.. kelam kabut jugak dibuatnya...
lepas ni nak buat senam robik sendiri kat rumah jugak la..
senam robik sambil menari..best jugak....

at least aku dah start improve satu perkara...
banyak lagi benda yang nak dibuat sempena tahun 2010 ni..

yang pastinya.. seribu langkah bermula dengan langkah pertama...

Sunday, January 17, 2010

oh alesya...

kesian aleysa... dalam bulan january ni je dah 2 kali demam.. awal januari demam.. demam sempena ulangtahun ke pertama agaknya... minggu lepas pun demam lagi.. kali kedua ni mesti ayah yang teramat2 tension... apa taknya.. kereta yang masih berbau kedai.. dah bertukar bau muntah... kononnya nak jaga kereta baru.. maka undang larangan membawa makanan di dalam kereta telah dikuatkuasakan.. malangnya bukan sisa makanan yang tertumpah..tapi sisa muntah alesya.. kesian ayah yea..

Sunday, January 10, 2010

Niat di hati... tapi hakikatnya..

niat di hati... aku nak mengasah skill menulis yang dah lama aku tinggalkan...
tapi hakikatnya tak banyak yang mampu aku coretkan....
aku sendiri tak paham kenapa susah sangat aku nak menulis ayat-ayat dalam blog aku ni...
bila aku baca blog kawan2... rasa macam excited jugak nak berkongsi cerita
tapi aku rasa aku sedar tentang satu perkara...

sebenarnya aku ni jenis manusia yang agak 'menyendiri' orangnya...
aku tak pandai nak berkongsi cerita....
senang cerita aku ni jenis yang agak perahsia....
susah senang, pahit manis aku lebih suka pendam dan simpan dalam hati...
aku lebih suka mendengar daripada bersuara....
mungkin itu sebabnya susah betul nak kucoretkan, walaupun sebaris ayat...

tapi... akan akan cuba untuk menzahirkan sebahagian rasa yang ada...

Friday, January 1, 2010

cepatnya masa berlalu....

cepatnya masa berlalu...
sedar x sedar, tahun 2010 dah menjelma....
esok pulak genap setahun usia putri kesayanganku.. alesya...
sorry sayang.. untuk esok x de celebration besday yea..
may be bila ada kesempatan nanti..
esok kita raikan kecil-kecilan je yea... sesama kita...
hadiah yang terbaik adalah kasih sayang yang x pernah padam...

2009....
pelbagai cerita suka dan duka mengiringi aku sepanjang tahun lalu...
tapi yang pahit bukan untuk dikenang... harap jangan berulang...
yang manis... sentiasa terpahat diingatan... menjadi inspirasi dan kekuatan...

2010...
perjalanan cerita baru bermula...
semoga... awan-awan ceria dan pelangi yang indah mengiringi perjalananku...
semoga... impian dan azamku akan terlaksana...

HITAM PUTIH KEHIDUPANKU... MOGA PUTIH ITU LEBIH MENGUASAI...YANG HITAM ITU MINTAK DIJAUHI..