Monday, July 20, 2009

esok.. di sini atau di sana

esok.. big day for me... menentukan hala tuju yang baru... sama ada kekal di sini atau menjalani kehidupan dan cabaran baru di luar sana.. walau apa pun.. i will do my best.. hope nasib yang baik akan menyebelahi aku kali ni... moga ujian kesakitan yang melanda aku berakhir dengan khabar gembira selepas ni... wish me luck .. :)

Tuesday, July 14, 2009

new Opportunity - i hope so..

hari ni seseorang rekomen satu peluang keje... dapat atau tak, terpulang pada rezki yang ada.. x salah rasanya mencuba.. mungkin ini satu peluang untuk aku mendapat sesuatu yang lebih daripada apa yang ada sekarang.. bukan bermakna aku x berpuas hati dengan apa yang aku ada, tapi andai ada peluang dan kesempatan yang lebih baik, tak kan nak dilepaskan begitu saja..

Who move my cheese??... kesah yg sentiasa terngiang2 di telinga.. do i need to wait untill someone move my cheese... or i must run to find my new cheese... ??

Friday, July 10, 2009

Tuesday, June 30, 2009

kisah aku dia dan peti ais..

lebih kurang 11.00 PM....

aku : yang, jangan guna pisau... mana boleh guna pisau.. tutup suiz jer..
(dia(my hubby) yang degil tetap guna pisau untuk froze kt tempat beku... tiba-tiba... bunyi sesuatu yang mengerikan... o tidak!! kelam kabut pulak dia tutup suiz peti ais)

aku: haa.. kan da cakap, jangan guna pisau... dah bocor gas dia.. rosak dah.. mana nak simpan ikan2 yang melambak..
( aku rasa nak nangis pun ada, benda2 dok elok2 jadi rosak... ee.. geramnya)

dia : ala.. x rosak.. tu ada lampu lagi.. (lepas onkan balik suiz)

aku: tu lampu kt bawah.. lampu kt x de.. cuba rasa.. mana ada sejuk..

dia: x pe, simpan ikan kt umah mak.. (pandaila dia.. geramnya aku...)

aku: kena beli petis ais baru...

dia : beli peti ais kecik jer... ( dan - dan tu jugak amik katalog giant tgk harga peti ais... )

aku : peti ais kecik mcm hotel ni mana bleh simpan ikan2..

dia : apsal x boleh plak...

aku : x boleh...

dia : ni beli peti ais besar ni.. ala peti ais tu dah x sejuk dah... beli yang baru.. ( sejak bila plak peti ais aku x sejuk ni.. ok jer.. pandai-pandai jer). mama kan nak semua baru.. okla tu peti ais baru...

aku ; mama x mintak pun peti ais baru... ...

dia : esok kita peti ais kt kedai depan ni...

- itulah sebahagian kisah aku, dia dan peti ais..

- bukan sebab peti ais rosak aku tension, tp aku frust sbb aku da warning jgn guna pisau.. tup-tup.. musnah peti aisku...

Thursday, June 18, 2009

hilang da penat...

hari ni ni ada training kat pernec.. bukan pegi training tapi bagi training... Tuhan saja yang tau betapa ngerinya aku pasal training.. bayangkan seminggu sebelum training sistem x siap lagi.. testing ngan dokumen jgan citer la.. 0 percen.. but dengan kerja keras semua orang.. mission impossible dah jadi i'm possible.. at last kitorang berjaya siapkan sistem complete ngan testing ( but still have some minor error but.. acceptable la) , dokumen training manual and user manual complete.. within 1 week.. cayalah.. so skang aku happy.. walaupun mlm td kul 11 baru gerak balik dari opis... and pepagi buta dah kena gedrak balik ke opis.. but.. bila berjaya bagi training dengan jayanya.. and customer memberikan respons yang positif... hilang segala penat.. skang fokus pada kerja seterusnya... pengajaran ayat.. i believe i can fly... :) believe in yourself... you can do it.. change impossible to i'm possible..

Thursday, June 11, 2009

give me some idea pleaze..

14.06. my hubby besday.... my god.. apa nak bagi ni... sampai hari ni x terpikir lagi apa nak buat, apa nak bagi.. masa birthday aku baru-baru ni dapat nokia expressMuzik.. thanks sayang.. sebab sentiasa cuba penuhi permintaan mama... actually bila mama sebut nak telefon touch screen tu bukan dengan niat betul2 mengharap.. cakap main-main jer.. but 'my sayang' ni sentiasa peka and perihatin.. anyway thanks, not only for the present... but for everything you give.. and now, what is the best present should i give to you?..

Wednesday, September 10, 2008

Setahun sudah berlalu

sedar-sedar tak sedar dah genap setahun umur adib... dulu mama tunggu saat adib boleh jalan sendiri.. konon-kononya senang la nk bawak adib jalan-jalan.. senang memang senang adib.. tp mama penat sangat nk kejar adib yang lasak tau... tapi x pe.. itula cabarannya seorang ibu kan...

cakap pasal cabaran seorang ibu... mama skang terpaksa bersabar demi adik adib plak.. mama perlu kuatkan semangat untuk terus berpuasa sepanjang bulan ramadhan.. walaupun adik adib sedang membesar dalam perut mama..